Terkini

“Macam Mana surat Bank Negara kepada Tabung Haji boleh bocor?” – Azeez Rahim

KUALA LUMPUR, 29 Januari: Lembaga Tabung Haji (TH) membuat laporan polis berhubung kebocoran kandungan surat daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai kedudukan kewangan yang dibocorkan kepada umum.


Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim

Pengerusinya, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata selainnya, hanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom juga turut mendapat surat tersebut.

“Hanya saya dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dapat. Macam mana surat itu boleh keluar?

BACA: Bank Negara Beri Amaran, Paras Rizab Tabung Haji Negatif


“Jadi, kita akan lihat hasil siasatan polis, siapa yang mengeluarkan surat itu,” katanya yang dipetik Bernama kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini.

TH menjadi topik hangat di media sosial kebelakangan ini mengenai tarikh pembayaran bonus pendeposit dan surat Bank Negara Malaysia (BNM) berkaitan rizab.

Beliau berkata tindakan BNM itu tidak salah dan tidak sepatutnya timbul sebarang isu mengenainya.

Katanya isi kandungan surat tersebut lebih kepada BNM memberi peringatan kepada TH, sama seperti yang dilakukan kepada institusi kewangan lain di bawah pemantauan BNM.

“Beliau (Zeti) memberi pandangan dan nasihat supaya menjaga keuntungan demi masa hadapan. Bukan kata TH kerugian atau kehilangan duit. Tindakan mereka tidak salah.

BACA JUGA: Tabung Haji sudah mula dipolitikkan – Abdul Azeez

“Yang salah adalah dalang yang mengeluarkan surat tersebut dan memutarbelitkan. Orang itu yang kita akan ambil tindakan, tidak kira siapapun dia,” tegasnya lapor FMT



No comments