Majikan satukan kami, cadangkan supaya saling berkenalan - Nas T

Bermula dengan cadangan oleh pihak majikan yang mencadangkan mereka saling berkenalan, akhirnya berputik cinta antara pelakon Nas-T dan model Atita Haris.


pelakon Nas-T dan model Atita Haris
Majikan satukan kami, cadangkan supaya saling berkenalan - Nas T
Memetik laporan Harian Metro, pasangan ini bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Mac depan.

"Kami bekerja di bawah satu syarikat. Dia adalah model dan duta produk Hijab Wash, manakala saya pula duta produk makanan tambahan bagi membina badan. Memandangkan ketika itu kedua-duanya solo, jadi majikan cuba menyatukan kami dengan mencadangkan supaya saling berkenalan.


“Sejak itu, kami semakin rapat dan membawa hubungan ini ke fasa serius”, dedah Nas-T.

Pelakon drama Blogger Boy ini juga menjelaskan status bakal isterinya itu yang merupakan seorang ibu tunggal bukan penghalang untuk menjalinkan hubungan cinta seterusnya membawa hubungan tersebut hingga ke jinjang pelamin.

"Saya tahu status Atita sejak hari pertama berkenalan lagi. Bagi saya status bukanlah halangan dalam sesebuah hubungan. Lagipun perkara ini berkaitan dengan jodoh yang sudah ditetapkan Allah SWT. Tidak adil untuk menilai seseorang disebabkan status yang dimiliki.


"Alhamdullillah, segala perancangan dipermudahkan. Syukur kedua-dua keluarga juga merestui hubungan kami. Itulah yang paling penting. Buat masa sekarang, persiapan kahwin sudah siap 70 peratus. Tinggal lagi beberapa perkara kecil untuk diselesaikan," katanya. - myMetro.


No comments