Terkini

“Mak… Adik dah jadi cikgu... Adik dah ada kerja mak. Al-Fatihah..”

Nukilan untuk arwah ibu dari anaknya yang kini berjaya menjadi seorang cikgu. Tulisan ini dikongsikan oleh Cikgu Razak Rahim yang menceritakan kisah perjalanan hidupnya yang penuh liku. Semoga perkongsian ini dapat memberikan sedikit pengajaran kepada kita semua.


“Mak… Adik dah jadi cikgu... Adik dah ada kerja mak. Al-Fatihah..”
“Mak… Adik dah jadi cikgu... Adik dah ada kerja mak. Al-Fatihah..” 
14 tahun dah aku hidup sendiri.. berdikari.. Sejak mak ayah meninggal semasa aku masih di tingkatan 1.. Sakit aku.. Gembira aku.. Sedih aku.. Semua aku tanggung sendiri.. Ambil report card sendiri.. Dapat anugerah pelajar melayu terbaik stpm di sekolah pun aku raikan sendiri.. Dapat top 5 pelajar terbaik upsi batch aku.. Tapi tak mng.. Pun raikan sendiri.. Hehe .. Ingat lagi dulu.. Masuk asrama.. Cuba utk berdikari.. Sebab kakak bukan orang senang.. Anaknya ramai.. aku tak nak susahkan dia..


Aku dengan tekad dan matangnya.. mohon asrama kat sekolah.. isi borang sendiri.. dan bermulalah kehidupan aku di asrama..kat asrama best.. ada kawan.. tapi sedih sebab tak ada family datang melawat.. Kakak adalh dtg. Tp dis pun busy… sabtu ahad bila kawan2 keluar dengan family.. aku hanya pandang dari tingkap sambil menyapu air mata.. bila mereka pulang.. aku tgk mrk bawa kotak kfc.. bag baru.. baju baru.. macam macam lah.. aku hanya pandang dari jauh.. panjang lg kisah di asrama.. namun.. aku stop disini shj.. Kalau nak cerita lagi.. Pasti aku akan menangis..

Alam remaja ku bermula.. Dapat masuk universiti.. Persediaan nak masuk UPSI .. Semua aku uruskan sendiri.. Naik turun bas.. Nak pergi beli barang.. Excitednya.. Paling aku banggakan.. Aku Bayar yuran pertama UPSI guna duit keje cuci pinggan.. Siang malam aku basuh pinggan.. Tekad sebelum masuk upsi.. Aku nak belajar betul2.. Nak dapat first class.. tak nak bayar ptptn.. Yes.. Aku berjaya lakukan.. Rm34000 tak perlu bayar 1 sen pun..

Waktu Kat sekolah aku tak akan cari pasal.. Org buli aku.. Ejek aku.. Kacau aku.. Aku biarkan je.. Nape? Sbb tak ada orang nak backup aku lau aku bergaduh. Cikgu akan panggil parent.. Mak ayah mrk akan dtg sekolah.. Mak ayah aku mana boleh dtgkan.. Sejak sekolah lagi Tinggal di asrama.. Bila Masuk u.. Sewa bilik. Dah kerja skrg pun Menyewa bilik sendiri.. Ramai tanya nape tak kahwin? Maaf.. Jodoh saya belum sampai..

Bila tak ada parent.. Macam ni lah.. tak ada orang nak uruskan.. Nak tolong fikirkan majlis ku.. In sya Allah.. Jodohku dalam perjalanan.. Sejak di bangku sekolah.. Aku Dah pandai kerja.. Sapu sampah… Cabut rumput.. Cuci pinggan.. Cuci sayur.. Bancuh air.. Jual kerepek.. Nak cari duit untuk belajar.. Makan tak boleh memilih.. Kalau memilih… Pasti lapar.. Pernah dimarahi kerana membuka tutup saji di dapur.. Aku tidur dengan kelaparan.. Aku tidak marah.. Cuba be positif.. Pujuk diri.. Menumpang orang yang susah.. Mereka pun tak cukup makan .. Sbb tu mereka marah.. Aku sayang mereka.. Tiada dendam.. Masih berhubungan baik hingga ke hari ini.. Anggap peristiwa tutup saji tidak disengajakan.. Dan aku rasa tenang beranggapan begitu..Aku tak dimanjakan.. Aku tak dimewahkan..

Apa aku nak.. Aku kena usaha sendiri.. Itu dugaan dan cabaran hidup aku.. Menjadikan aku seseorang pada hari ini.. Hari ini aku seorang guru.. Aku gembira.. Itu cita-cita aku.. Bila dikenang Apalah sangat kesusahan lalu.. Susah payah aku dahulu.. Mendewasakan aku .. menjadi kan aku insan yang tabah.. Terima kasih semua sebahagian dari kenangan hidup ku.. Maaf andai ada menyakiti.. Ber tabah lah kita.. Allah menguji insan yang mampu sahaja.. Itu tandanya kita insan yang kuat..

Setiap kali pulang ke kampung.. aku melawat pusara ibu dan ayah.. Pernah aku titipkan satu kata “mak.. adik dah jadi cikgu.. adik dah ada kerja.. maaf sebab tak dapat jadi doktor.. adik tak minat fizik bio kimia.. tapi adik janji.. adik akan ajar murid murid adik.. moga ada antara mereka menjadi doktor.. mak sehingga kita berjumpa lagi”.. mak Al-fatihah.. moga adik menjadi kebanggaan mak.. sayang mak …


Jangan di kira harta orang.. Rezeki orang.. jangan peduli kemewahan orang lain.. itu rezeki mereka.. rezeki kita in sya Allah.. akan ada lah.. lambat atau cepat je.. lau tak ada.. in sya Allah.. kat akhirat pasti ada nanti.. sentiasa belajar merasa cukup.. in sya Allah pasti bahagia dan gembira..

Pada yang terjatuh.. Bangun lah.. Dihadapan ada sesuatu yang indah.. Coretan ini untuk semua yang rasa hidup mereka malang.. Bukan untuk aku banggakan.. Ingatlah hidup ini sangat indah.. Kita yang pilih.. Mahu tersenyum ke.. Mahu menangis ke..

U can angry.. But until when.. U can sad.. But until when? Every second is ur change to be someone.. To Get what u want., rather than cry.. Better i smile.. Rather then look back better i run to my future.. Go go.. Life is wonderful..

Tq semua pada yang pernah menghulurkan bantuan.. Tq


No comments