Makanan Terbuang Di Makkah Cukup Untuk Jutaan Kanak-Kanak

MAKKAH, Sabtu – Jumlah makanan yang dibuang begitu saja di sini mampu memberi makanan kepada 17 peratus kanak-kanak di 18 buah negara membangun, lapor media.


Makanan terbuang di Makkah cukup untuk jutaan kanak-kanak

Ketua Pengarah Projek Amal Makanan Makkah, Ahmad Al-Matrafi dipetik sebagai berkata, dianggarkan terdapat 4.8 juta kanak-kanak yang kelaparan di negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin.


Beliau berkata, makanan terbuang pada majlis perkahwinan di sini secara purata mencukupi untuk memberi makan kepada sekurang-kurangnya 250 kanak-kanak.

Katanya, pada pertengahan cuti tahunan, kira-kira 24,000 orang diberi makan daripada lebihan makanan yang dikumpul selepas perkahwinan dan majlis sosial lain.

“Ini menunjukkan kepada kita bahawa ada makanan terbuang pada setiap majlis, tetapi maklumat lengkap tidak diperoleh.

“Tiga puluh peratus penduduk Makkah tidak memaklumkan kepada sesiapa mengenai adanya lebihan makanan ketika selesai sesuatu majlis,” katanya, hari ini.

Al-Matrafi berkata, 60 daripada 160 dewan dan resort di Makkah telah didatangi ketika musim cuti.

“Projek amal ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai situasi bahawa ramai yang memerlukan bantuan,” katanya. – Agensi



No comments