Terkini


“Masuk Maharaja Lawak sajalah”, cadang ketua menteri kepada Sultan Melaka

Lelaki yang mengaku dirinya Sultan Melaka sewajarnya menyertai rancangan realiti komedi terbitan Astro, “Maharaja Lawak” tahun ini jika berhasrat meneruskan penganugerahan darjah dan pingat yang tidak diiktiraf, kata Datuk Seri Idris Haron.


“Masuk Maharaja Lawak sajalah”, cadang ketua menteri kepada Sultan Melaka
Masuk Maharaja Lawak sajalah, cadang ketua menteri kepada Sultan Melaka
Ketua menteri Melaka berkata pengakuan Raja Noor Jan Shah sebagai sultan di negeri itu adalah satu jenaka yang turut memburukkan perlembagaan di peringkat negara mahupun negeri.

BACA: ‘Semua tak iktiraf dia, Sultan Melaka’ syok sendiri – Pakar Sejarah


“Saya cadangkan mereka sertai Maharaja Lawak 2016, tapi saya tidak pasti sama ada kumpulan artis boleh terima mereka atau tidak.

“Jika dia berminat meneruskannya, saya cadangkan Sultan Melaka dan rakannya menubuhkan satu kumpulan teater bergerak dan membuat persembahan di setiap negeri.

“Sekaligus memberikan pingat, anugerah atau tajaan kepada sesiapa yang datang,” katanya seperti dilaporkan akhbar Harian Metro hari ini.

Idris diminta mengulas tindakan Noor Jan Tuah, yang memakai nama baru Raja Noor Jan Shah Tuah, yang mengaku dirinya sebagai sultan Melaka dan memberi anugerah kebesaran seperti yang tersebar di media sosial baru-baru ini.


Bulan lepas, Idris sudah menggelar individu yang mengaku dirinya sebagai Sultan Melaka adalah watak lakonan yang dibawa oleh orang yang mungkin tidak waras.

Justeru, Idris berkata anugerah darjah kebesaran yang diberi olehnya tidak berharga kerana tidak diiktiraf kerajaan negeri dan persekutuan.

Sumber : Malay Mail


No comments