Terkini

Mayat Lelaki Dijumpai Di Taman Permainan Kanak-Kanak

Johor Bahru – Lelaki warga asing berusia 29 tahun ditemui mati di pondok kawasan Taman Permainan Kanak-Kanak Taman Handal, Jalan Senai/Seelong, Senai, Kulai Johor 8.27 pagi tadi.


Mayat Lelaki Dijumpai Di Taman Permainan Kanak-Kanak
Mayat Lelaki Dijumpai Di Taman Permainan Kanak-Kanak
Ketua Polis Daerah Kulaijaya, Superintendan Razak Md Said berkata, turut ditemui bersama si mati yang bekerja sebagai pembantu restoran itu pisau pemotong sayur dengan kesan darah.


“Pemeriksaan dan siasatan lanjut yang dibuat mendapati terdapat kesan kelar di bahagian leher mangsa yang dipercayai menyebabkan kematiannya.

“Tiada kesan luka atau kecederaan lain di bahagian tubuh mangsa. Sebuah telefon bimbit turut ditemui di dalam poket hadapan kiri seluar si mati,lapor harian Metro.

“Si mati berkerja sebagai pembantu kedai makan di sebuah restoran India berdekatan tempat kejadian Senai sejak dua bulan lalu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.



No comments