Terkini

Mayat pemancing dari Tanjung Dawai ditemui terapung di Pulau Bidan

ALOR SETAR - Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh dari sebuah bot ketika dalam perjalanan pulang ke Tanjung Dawai pada 31 Disember lalu, ditemui kira-kira jam 7.40 pagi kelmarin.


Mayat pemancing dari Tanjung Dawai ditemui terapung di Pulau Bidan
Mangsa, Yamin Mohd Yasin, 23, yang beralamat di Rancangan Perumahan Awam Fasa 2, Tanjung Dawai dipercayai menaiki bot tersebut untuk memancing di sekitar perairan Pulau Bidan, Yan.


Komander Operasi Bomba Yan, Mohd Firdaus Bukari berkata, mangsa dijumpai sekumpulan nelayan di perairan Pulau Sayak, Kuala Muda iaitu pada anggaran 4.5 batu nautika dari lokasi kejadian.

“Mangsa ditemui dalam keadaan terapung di perairan Pulau Sayak oleh sekumpulan nelayan pada awal pagi.

“Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi mencari dan menyelamat mangsa tamat sepenuhnya jam 9.45 pagi setelah bermula jam 9 pagi dua hari lalu.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan seorang pemancing dikhuatiri lemas selepas terjatuh dari bot ketika perjalanan pulang dari Pulau Bidan ke Tanjung Dawai jam 7 malam, Khamis lalu.


Perkara itu dimaklumkan Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim) kepada pasukan bomba untuk bantuan mencari mangsa lemas di latitud 05 Darjah 43.50 (Utara); longitud 100 Darjah 18.00 (Timur).

Sumber: Sinar Harian


No comments