Terkini

MENARIK!!.. Dato' Seri Vida Kongsi Tips dan Rahsia Jadi Jutawan

Siapa yang tidak kenal dengan Dato' Seri Vida yang sering menjadi bualan hangat di media sosial. Selain beberapa individu lain, Dato' Seri Vida juga boleh dianggap antara selebriti terkaya di Malaysia.


Dato' Seri Vida Kongsi Tips dan Rahsia Jadi Jutawan
Dato' Seri Vida Kongsi Tips dan Rahsia Jadi Jutawan
Buktinya memang tidak dapat disangkal lagi apabila banyak menaja beberapa program hiburan. Juga terbaru, memiliki istana mewah bernilai lebih 20 juta. WOWW!!

Baca: 16 Gambar & Video - Aznil Dedah Kekayaan Dato' Seri Vida Yang Terlajak Kaya


Apa yang pasti, mesti ramai diluar sana yang tertanya-tanya apakah tips dan rahsia kejayaan Dato Seri Vida sehingga beliau mampu berdiri seperti hari ini. Seorang ahli perniagaan yang cukup berjaya!

“Saya amalkan solat hajat 10 kali sehari sebelum dan selepas solat fardu selain menunaikan solat sunat Dhuha setiap hari agar perjalanan hidup saya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki.

“Alhamdulillah sejak berniaga saya tidak pernah gagal untuk melaksanakan kewajipan ini meskipun kehidupan saya sudah senang dan perniagaan pula semakin maju,” kata pengasas produk kecantikan popular Datuk Seri Dr Hasmizah Othman atau Datuk Seri Vida ketika ditanya rahsia kejayaan menjadi usahawan berjaya.


Menurut Vida, 44, sejak kecil dia sudah diajar untuk mengamalkan bacaan zikir dan selawat dalam kehidupan seharian selain sentiasa berdoa memohon agar diampun dosa tanpa mengira waktu.
“Amalan ini saya buat dari kecil selain bangun malam untuk menunaikan solat sunat dan berdoa malah saya sentiasa berusaha untuk tidak mengabaikan kewajipan ini agar tidak lalai dan terleka.

“Saya sebenarnya bimbang jika perkongsian saya ini dianggap sebagai menunjuk-nunjuk sehingga menimbulkan riak tetapi saya memandang ia dari sudut positif dan berharap semua ini menjadi ikutan,” katanya.


No comments