#MH370: Empat pegawai Malaysia periksa serpihan pesawat

BANGKOK, Isnin – Empat pegawai Malaysia dipercayai daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tiba di Nakhon Si Thammarat hari ini untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada bangkai pesawat #MH370 yang ditemukan di pantai wilayah itu.

BANGKOK, Isnin – Empat pegawai Malaysia dipercayai daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tiba di Nakhon Si Thammarat hari ini untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada bangkai pesawat #MH370 yang ditemukan di pantai wilayah itu.


#MH370: Empat pegawai Malaysia periksa serpihan pesawat

Ketua Polis Daerah Pak Phanang, Thanyapat Pattikongsan yang mengesahkan perkara itu berkata, keempat-empat pegawai itu tiba di tempat serpihan itu ditemukan pada pukul 10 pagi waktu tempatan (11 pagi waktu Malaysia), dan beredar kira-kira sejam kemudian.


BACA: Serpihan Pesawat Disyaki Milik MH370 Ditemui Di Thailand (5 Gambar)

“Mereka (pegawai dari Malaysia) meluangkan kira-kira sejam di kawasan itu, memeriksa serpihan dan mengumpulkan bukti sebelum meninggalkan tempat itu.

“Pegawai berkenaan tidak memberikan butiran mengenai tugas mereka,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Menurutnya, keempat-empat pegawai itu tiba dari Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Nakhon Si Thammarat, pagi tadi.

Semalam, penduduk tempatan yang tinggal di kawasan pantai di wilayah selatan Thailand itu melaporkan penemuan objek logam besar berukuran dua meter lebar dan tiga meter panjang, yang dipercayai daripada bangkai kapal terbang.

Penemuan serpihan itu menimbulkan spekulasi dalam kalangan media yang mengaitkannya dengan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac 2014.

Pesawat itu membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Semalam Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengarahkan Ketua Pengarah DCA Datuk Azharuddin Abdul Rahman menghubungi pihak berkuasa Thailand tentang penemuan objek itu.

Sementara itu, di pantai Pa Thya, Pak Phanang hari ini, lokasi penemuan objek dipercayai serpihan kapal terbang berkenaan, usaha media tempatan untuk menemu bual keempat-empat pegawai Malaysia itu gagal.

Mereka juga enggan mendedahkan identiti kepada media tempatan.

Bagaimanapun, seorang daripada mereka hanya mengesahkan segala maklumat dan bukti yang dikumpulkan hari ini akan dianalisis lebih lanjut oleh pasukan pakar di Kuala Lumpur.


Tugasan memeriksa objek dan mengumpul bukti di pantai Pa Thya itu turut dibantu pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Thailand serta pasukan keselamatan negara itu.

Menurut DCA Thailand, serpihan itu akan dibawa ke Bangkok hari ini untuk dilakukan analisis oleh pakar.

Timbalan Pengarahnya, Amphawan Wannako memberitahu Bernama, mereka juga membincangkan kemungkinan menghantar gambar serpihan itu kepada syarikat Boeing atau Lembaga Keselamatan Pengangkutan Nasional (NTSB), Amerika Syarikat untuk penjelasan lanjut.

“Kami akan bincangkan kemungkinan ini,” katanya. – Bernama


COMMENTS

Name

aidilfitri,19,akhir zaman,40,akhirat,9,Al-Quran,27,arbain nawawi,5,artis,1218,aurat,34,Bacaan Doa,4,blogging,13,bulan islam,6,dajjal,22,darah wanita,3,download,6,Drama,16,ebola,7,English,21,filem,23,fiqh,27,freemasonary,6,global,1337,hidayah,45,hijrah,3,illuminati,11,imam mahdi,7,informasi,2307,inspirasi,56,isu semasa,854,jenayah,747,kebangkitan,5,Kebesaran Allah,111,kematian,16,khilafah,10,khusnul khotimah,16,kisah al-quran,16,Kisah Nabi,31,Kisah Teladan,226,konspirasi,49,Krisis Mesir,26,lahad datu,74,masjid,16,MH17,177,MH370,385,motivasi,14,muharram,3,munakahat,5,Nabi Ibrahim,3,Nabi Musa,7,Nabi Sulaiman,6,NSFW,139,paranomal,70,pelajaran,124,Pelik,217,pluralisme,2,PMR,20,PT3,64,putera bani tamin,2,QZ8501,53,ragam,1457,ramadhan,49,Rasulullah,22,raya,3,satanisme,8,sejarah,52,sekularisme,3,SJ Agama,13,solat,17,solat sunat,6,songsang,28,SPM,9,su'ul khotimah,15,sukan,129,syiah,19,tauhid,4,tazkirah,83,tokoh ilmuwan,15,tokoh muslim,21,UAI,14,ulama' nusantara,7,video,248,wanita,36,widget,7,Wordless-Wednesday,7,worldcup,54,yahudi,51,
ltr
item
OhDunia.My: #MH370: Empat pegawai Malaysia periksa serpihan pesawat
#MH370: Empat pegawai Malaysia periksa serpihan pesawat
BANGKOK, Isnin – Empat pegawai Malaysia dipercayai daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) tiba di Nakhon Si Thammarat hari ini untuk memeriksa serpihan dipercayai daripada bangkai pesawat #MH370 yang ditemukan di pantai wilayah itu.
http://3.bp.blogspot.com/-HnXQ6iFjTz4/VqYaD4zpMKI/AAAAAAAA014/4wMpNUrxR3M/s640/%2523MH370-Bangkok.jpg
http://3.bp.blogspot.com/-HnXQ6iFjTz4/VqYaD4zpMKI/AAAAAAAA014/4wMpNUrxR3M/s72-c/%2523MH370-Bangkok.jpg
OhDunia.My
http://www.ohdunia.my/2016/01/mh370-empat-pegawai-malaysia-periksa-serpihan.html
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/
http://www.ohdunia.my/2016/01/mh370-empat-pegawai-malaysia-periksa-serpihan.html
true
2744712085685001279
UTF-8
Loaded All Posts Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy