Terkini

Mukhriz Berjabat Tangan, Sambut Ketibaan Najib di Langkawi

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjabat tangan sambut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika beliau tiba di lapangan terbang Langkawi petang ini.


Mukhriz Berjabat Tangan, Sambut Ketibaan Najib di Langkawi
Najib dilapor ke Langkawi untuk menyaksikan penerbangan sulung AirAsia dari Langkawi ke Guangzhou, China, esok – Gambar Facebook, 23 Januari, 2016.
Gambar Najib dan Mukhriz yang sedang menghadapi pemberontakan daripada pemimpin Umno Kedah, dimuatnaik di laman Facebook Kelab Che Det, laman kelab peminat bapa Mukhriz, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Gambar yang memaparkan kedua-dua pemimpin bercakap menurut Ahli Parlimen Langkawi Datuk Nawawi Ahmad ia diambil pada 6.15 petang, mungkin selepas Najib tiba.


Najib mengadakan pertemuan dengan pemimpin Umno Kedah pada mesyuarat tertutup semalam untuk membincangkan kehilangan keyakinan mereka terhadap Mukhriz, yang juga ketua perhubungan negeri.

Mukhriz dipersalahkan kerana gagal menyatukan jentera Umno di Kedah dan kekurangan strategi untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Pemimpin Umno yang bermesyuarat dengan Najib semalam enggan bercakap kepada media tetapi spekulasi mengatakan Mukhriz mungkin akan diganti sebagai menteri besar seawal akhir bulan ini.

Najib ke Langkawi untuk menyaksikan penerbangan sulung AirAsia dari Langkawi ke Guangzhou, China, esok, menurut Bernama. – 23 Januari, 2016.



No comments