Najib tak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, kata Sirul (Video)

Bekas komando polis Sirul Azhar Umar telah bersumpah bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak terlibat atau ada kaitan dengan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.


Najib tak terlibat dalam pembunuhan Altantuya, kata Sirul

"Saya mengerti apakah kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk memfitnah seseorang.

"Adalah berdosa besar kepada saya jika saya memfitnah seseorang itu, dan saya lafaz di sini, Wallahi, Yang Amat Berhomat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat, tidak ada kaitan dalan kes ini," katanya dalam satu rakaman ringkas.


Walaupun Sirul tidak menyatakan secara khusus apa "kes" yang dia katakannya Najib tidak ada kena mengena dengannya, tetapi dalam konteks video yang lebih awal, ia dilihat seperti merujuk kepada kes pembunuhan Altantuya.

Video sepanjang 55 saat itu dikatakan video yang ketiga oleh SIrul yang dilihat oleh Malaysiakini melalui sumber tanpa nama.

Ini adalah kali pertama Sirul menamakan seseorang dalam siri video tersebut. Sumber: Malaysiakini





No comments