Terkini

Nenek berusia 112 tahun sihat, hisap rokok 30 batang sehari

KATHMANDU, NEPAL: Wanita warga emas di sini mendakwa umurnya panjang kerana tabiat menghisap 30 batang rokok sehari.


Batuli Laminachhane

Batuli Laminachhane, 112 tahun, berkata, walaubagaimanapun beliau hanya menghisap rokok tempatan yang digulung sendiri serta mengelak dari membeli rokok komersial.


“Saya tidak kisah mengenai usia saya dan telah menghisap rokok sejak 95 tahun lalu,” katanya menjelaskan memulakan tabiat buruk itu sejak berusia 17 tahun.

Batuli Laminachhane


Katanya lagi, rahsia untuk hidup lama adalah dengan mengelak dari tekanan selain selain sentiasa bergerak aktif.

“Orang pada zaman moden ini mempunyai tekanan hidup yang tinggi. Ia menyebabkan umur menjadi singkat. Anda sebenarnya perlu aktif dan bebas tekanan,” katanya. -mD



No comments