Nora Danish Lantik Peguam Berhubung Isu Rumah tangga Fasha & Jejai

Umum pasti sudah mengetahui berita mengenai pergolakan rumahtangga antara pelakon jelita, Fasha Sandha dan suaminya, Jejai kan?


Nora Danish Lantik Peguam Berhubung Isu Rumah tangga Fasha Sandha & Jejai
Nora Danish Lantik Peguam Berhubung Isu Rumah tangga Fasha Sandha & Jejai 
Malah, sehingga hari ini, baik Fasha mahupun Jejai, kedua-duanya masih belum membuat sebarang kenyataan mengenai status perkahwinan mereka selain enggan mengulas lanjut mengenainya.

BACA: Rumah tangga Fasha, Jejai: “Saya mangsa keadaan.” - Nora Danish

Bagaimanapun, seperti biasa nama bekas isteri Jejai pun turut dikaitkan dalam berita ini. Siapa lagi kalau bukan Nora Danish!


Enggan mengeruhkan keadaan, Nora telah melantik peguam bagi menjawab kontroversi tersebut selain mendakwa dia sebenarnya menjadi mangsa keadaan.

Saya sudah melantik peguam dalam isu ini. Untuk apa dan kenapa? Kita tunggu saja nanti. Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Kalau saya mengeluarkan sebarang kenyataan, ia akan berlarutan. Jadi, biarlah peguam saya saja yang menjawab.

Saya tidak tahu punca dan kenapa nama saya masih lagi dikaitkan dengan mereka sedangkan saya sudah tidak ada apa-apa hubungan dengan bekas suami.

Saya tahu, ramai yang menghentam dan menyalahkan saya sehingga menuduh saya sebagai punca. Tetapi atas sebab apa nama saya dikaitkan, saya tidak tahu


Nora kini mengambil langkah untuk mendiamkan diri dari menjawab sebarang pertanyaan berhibung perkara ini. Hmm, baguslah begitu. Kadang-kala berdiam tak bererti kita lemah.

 Fasha & Nora Danish


Kami harap baik Nora mahupun Fasha, kedua-duanya tabah mengharungi kehidupan yang mencabar ini.

Sekadar imbas kembali, khabar angin status hubungan Fasha dan Jejai yang didakwa goyah timbul selepas sebuah portal hiburan pada 4 Disember lalu melaporkan, Fasha dipercayai mengunjungi sebuah pejabat jabatan agama.

Sumber : BH Online


No comments