Nur Amirah dan Teman Lelaki Akan Didakwa di Mahkamah Esok

SHAH ALAM – Nur Amirah Atiqah, 14, yang mendakwa dirinya diculik pada 27 Disember lalu akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana memberi maklumat palsu, lapor Harian Metro.


Nur Amirah dan Teman Lelaki Akan Didakwa di Mahkamah Esok
Nur Amirah dan Teman Lelaki Akan Didakwa di Mahkamah Esok
Nur Amirah Athirah akan didakwa bersama teman lelakinya, Gan Chin Teck, 19, di Mahkamah Klang, esok.


Lelaki terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik/melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan ibu bapa atau penjaganya yang sah.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, polis akan mencadangkan kepada Timbalan Pendakwa Raya agar Nur Amirah didakwa mengikut Seksyen 196 Kanun Keseksaan yang bertujuan memberi peringatan kepada orang ramai agar perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa akan datang.


27 Disember lalu, Nur Amirah dilaporkan hilang kononnya diculik oleh dua lelaki India ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bandar Sultan Sulaiman, Pelabuhan Klang.

Rakaman audio di antara Nur Amirah dengan kakak angkatnya yang viral di media sosial juga mencetuskan simpati dan kebimbangan orang ramai.
Bagaimanapun, polis berjaya menemui Nur Amirah bersama teman lelakinya itu pada 7.45 malam, 31 Disember di stesen minyak Kanchong Darat, Banting.


No comments