Header Ads

  • Terkini

    Lelaki Parah Ditembak Dari Jarak Dekat Di Hadapan Rumah

    PONTIAN - Seorang lelaki cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di hadapan rumahnya di Taman Teratai, Pekan Nanas, di sini, awal pagi tadi.


    Lelaki Parah Ditembak Dari Jarak Dekat Di Hadapan Rumah

    Ketua Polis Daerah Pontian, Suprintendan Zakaria Abdul Rahman berkata ‎mangsa yang berusia 51 tahun itu, mengalami kecederaan di bahagian dada dan lengan kiri akibat terkena tiga das tembakan yang dilepaskan.


    Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, mangsa baru sahaja tiba di rumahnya selepas pulang minum bersama rakan-rakannya di Jalan Kampung Sawah.

    Sebaik tiba di rumah, mangsa didatangi seorang lelaki memakai t-shirt putih dan seluar gelap dan bertindak melepaskan tiga das tembakan dari jarak lebih kurang tidak meter dari mangsa.

    "Mangsa terus melarikan diri ke rumah abangnya yang terletak di belakang rumah mangsa untuk meminta bantuan.

    "Dalam masa yg sama penyerang tersebut juga melarikan diri. Mangsa memberitahu tidak mendengar sebarang bunyi kenderaan ketika atau
    selepas kejadian berlaku,"katanya.

    Mangsa dihantar ke Hospital Pontian oleh abangnya sebelum menerima rawatan lanjut di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru
    ‎Zakaria berkata, siasatan awal yang dilakukan polis menemui 1 slug dipercayai dari pistol jenis Revolver ‎di tempat kejadian, selain
    terdapat kesan tergores pada tiang batu pagar rumah mangsa.

    "Tiada kamera litar tertutup (CCTV) disekitar tempat kejadian. Pihak polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu adalah akibat dendam,"katanya. - SH



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad