Header Ads

  • Terkini

    Pasangan kekasih tidak berhati perut kerana selfie ketika kebakaran

    Itulah yang dapat dikatakan kepada sepasang kekasih yang baru-baru ini memuat naik gambar mereka berselfie ketika sebuah hotel di Dubai dijilat api pada malam perayaan tahun baru 2016 kelmarin.


    Pasangan kekasih dicop tidak nerhati perut kerana selfie ketika kebakaran
    Gambar yang dimuat naik di laman instagram ar_atiki itu telah disertakan dengan kapsyen ‘Selamat Tahun Baru Dubai, semoga Tuhan memberkati anda dan semoga selamat segalanya. Anda selalu memberikan kejutan kepada kami dengan bunga api yang meriah.”


    Ramai melabelkan pasangan ini sebagai tidak berhati perut kerana gambar yang diambil mereka ini telah menunjukkan latar belakang bangunan hotel yang sedang terbakar itu.


    Lebih memalukan apabila gambar mereka dilihat gembira dengan apa yang terjadi pada malam tersebut.

    LIHAT: Video: Bangunan Hotel Address, Dubai terbakar pada malam tahun baru

    Lihatkan saja senyuman yang dilemparkan oleh wanita di dalam gambar tersebut, cukup membuatkan sesiapa sahaja yang melihat akan marah dan bengang dengan aksinya itu.


    Diharap pasangan ini insaf dengan apa yang mereka lakukan. Janganlah terlampau mengagungkan teknologi sehingga melupakan tanggungjawab dan peranan sesama insan lain di atas muka bumi ini.- Sumber: Daily Mail


    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad