Header Ads

  • Terkini

    Pasangan Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah

    Ipoh: Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri yang berkongsi minat sama nekad mencabar keupayaan mereka melakukan ekspedisi berbasikal ‘Kembara Memburu Hikmah’ dari Malaysia ke Makkah bagi memenuhi hasrat mengerjakan umrah serta menunaikan haji jika berkesempatan.


    Pasangan Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah
    Pasangan Suami Isteri Berbasikal Ke Makkah
    Sudah biasa berbasikal ke tempat kerja sejauh 22 kilometer setiap hari, Ahmad Mohd Isa, 27, dan isterinya, Noradilah Mohd Sapie, 28, melaksanakan misi kayuhan 17,000 kilometer itu dengan melalui 13 negara dalam tempoh sembilan sehingga 12 bulan perjalanan.


    “Kami bukan pengayuh basikal profesional, tetapi kami memang ‘kaki basikal’ dan membesar dengan berbasikal daripada zaman sekolah hingga ke universiti, kerana itu kami nekad mencapai impian ini.

    “Persediaan mental dan fizikal sudah kami lakukan dan setakat ini rekod kami berkayuh dari Perlis ke Kuala Terengganu dengan mengambil masa lapan hari,” katanya yang bertugas sebagai pelukis pelan.

    Menurut Ahmad, rancangan ekspedisi kayuhan ini bermula daripada dirinya sendiri. Dia dan isteri sepakat ke Makkah menunaikan kewajipan umat Islam. - myMetro



    No comments

    Post Top Ad

    Post Bottom Ad