Pasukan Bola Terengganu Mahu Datuk Aliff Syukri Jadi Penaja Mereka?

Selepas Dato’ Seri Vida membuat keputusan untuk menaja pasukan bola sepak, nama Datuk Aliff Syukri juga disebut-sebut untuk turut mengikut langkah Vida.


Datuk Aliff Syukri
Pasukan Bola Terengganu Mahu Datuk Aliff Syukri Jadi Penaja Mereka?
Ia seakan sudah menjadi trend dimana syarikat kosmetik kini menjadi penaja buat mana-mana program hiburan dan lain-lain.

Khabarnya Aliff ada terfikir untuk menaja pasukan bola sepak Selangor, The Red Giants dan beliau sendiri mengakui jika mereka boleh mematuhi syarat yang ditetapkan tidak mustahil Aliff akan menaja pasukan berkenaan.


Namun, setelah melihat isu terkini Vida dan pasukan Kelantan, Aliff juga terkena tempiasnya dimana penyokong bola sepak Selangor, tidak mahu perkara yang sama terjadi seperti The Red Warriors yang ibarat lembu dicucuk hidung dan mengikut segala syarat yang kini menjadi bahan lawak ramai.

Datuk Aliff Syukri

Sebelum ini, jutawan muda yang terkenal dengan tagline ‘Terlajak Laris’ itu dihentam teruk penyokong Selangor kerana mahu mengubah warna stadium dan jersi kepada warna hijau yang merupakan warna korporat D’Herbs.

Walaubagaimanapun, menurut laporan akhbar tempatan rundingan di antara D’Herbs dan pasukan Terengganu kini sedang berlangsung.

Datuk Aliff Syukri


Perkara tersebut turut disahkan Setiausaha Agong, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Arpin Draman dan mengakui masih diperingkat rundingan.

Kita hanya mencuba nasib, mana tahu jika D’Herbs mahu mengadakan hubungan kerjasama bersama PBSNT. Kita tunggu keputusan daripada pihak mereka.

Sebenarnya tidak salah pun untuk menjadi penaja utama mana-mana pasukan bola sepak, tetapi pihak penaja haruslah berfikir secara rasional dan tidak mengenakan syarat yang bukan-bukan.

Win-win situation sudah lah. Untuk kebaikan bersama.  Sumber Berita: Astro Gempak


  • Kisah sayu sejarah hidup pengasas D'Herbs, Dato' Aliff Syukri
    Penulis masih ingat pertama kali Dato'Aliff Syukri muncul di kaca TV dalam program Wanita Hari ...
  • Dilabel ‘Orang Kaya Bodoh’, Dato'Aliff Syukri Mengamuk Di Instagram…
    Jika beberapa hari lalu, Dato' Aliff Syukridikritik gara-gara berkongsi gambar makan di lantai ...
  • “Kongsi gambar makan di lantai Airport pun kena kecam!” - Datuk #TerlajakLaris
    Siapa tak kenal dengan jutawan muda sempoi lagi bergaya, Datuk Datuk Aliff Syukri yang terkenal deng...




  • No comments