Terkini

Pekerja Kafe Siber Ditetak Parang Kerana Berebut Komputer Dota

Pemain game di kafe siber, perlu mengambil langkah berjaga-jaga selepas ini, selepas seorang pekerja kafe siber dilaporkan diserang dengan parang. Kejadian ini berlaku gara-gara berebutkan komputer untuk bermain Dota.


Pekerja Kafe Siber Ditetak Parang Kerana Berebut Komputer Dota
Pekerja Kafe Siber Ditetak Parang Kerana Berebut Komputer Dota
OCPD Serdang, ACP Razimi Ahmad berkata, suspek dikatakan berang dengan pekerja kafe siber tersebut, selepas tidak mahu memberikan komputer yang telah lama digunakan oleh pekerja itu.


Mereka dikatakan bertengkar, dan suspek meninggalkan kafe siber tersebut, sebelum datang semula bersama rakan.

Suspek dan rakan dilihat membawa beg badminton, yang diisi dengan parang. Suspek kemudian menarik pekerja tersebut dari kerusinya, dan menyerangnya dengan parang.

Pihak pengurusan cuba meleraikan pergaduhan tersebut, dan meminta mereka menyelesaikannya di luar premis, sebelum menutup kafe sibernya.

Pergaduhan dilaporkan bersambung di restoran berhampiran, dan menyebabkan mangsa kemudian ditikam dengan parang di leher.

Pemerhati melaporkan mangsa kemudian dibantu empat orang rakan, yang menangkap penyerang dan merampas parangnya.


ACP Razimi Ahmad menambah, suspek dan rakannya kini ditahan reman.

Berdota tu, jangan sampai senjata keluar dari skrin komputer. Amalkan gaya hidup permainan yang sihat, jangan terlalu obses sehingga mengancam nyawa orang lain.
Sumber: mStar


No comments