Pemandu kereta undur, langgar kereta di belakang di highway diburu

GELAGAT seorang pemandu yang memandu dan mempamerkan aksi berbahaya di lebuh raya menjadi perkongsian yang viral di laman sosial semalam.


Pemilik kereta ini dikecam kerana tindakannya membahayakan nyawa orang lain. – Foto sumber Facebook
Menurut maklumat awal, kejadian berlaku di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan.

Dalam video yang dikongsi akaun ‘Friends of PDRM’ berdurasi 12 saat tersebut, kereta itu dilihat tiba-tiba sengaja berhenti di lorong paling kanan, sebelum mengundurkan kereta dan melanggar kereta di belakangnya.


Ia kemudiannya terus memecut laju meninggalkan kenderaan yang dilanggarnya.

Teori awal netizen adalah berkemungkinan pemandu kereta di belakang kereta itu memandu terlalu perlahan, dan tindakan itu adalah untuk mengajar si pemandu berkenaan agar memandu dengan kelajuan yang sepatutnya.


BERGADUH ATAS JALANRAYA
Kenapa mesti nak bergaduh atas jalanraya?Bukan ke akan bahayakan orang lain?
Posted by Friends Of PDRM on Sunday, January 24, 2016


Namun dalam masa yang sama, tindakan pemandu kereta berwarna jingga itu dianggap ramai sebagai ‘tidak berfikir panjang’, malah boleh membahayakan nyawa orang lain yang tidak bersalah.



No comments