Terkini

Pengubahsuaian Bajet 2016: Caruman pekerja KWSP dikurangkan 3%

PUTRAJAYA: Antara langkah awal yang diambil dalam pengubahsuaian Bajet 2016 ialah pengurangan sebanyak tiga peratus bagi caruman Kumpulan Wang Simpanan Nasional (KWSP).


Pengubahsuaian Bajet 2016: Caruman pekerja KWSP dikurangkan 3%

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pengurangan yang akan berkuatkuasa mulai Mac hanya dikenakan terhadap pencaruman individu manakala caruman majikan dijangka dikekalkan.


“Langkah ini bakal memberi manfaat kepada seluruh pekerja di negara ini terutamanya bagi sektor swasta,” katanya dalam ucapan pembentangan pengubahsuaian Bajet 2016 di sini.

Sebelum ini, pekerja dikehendaki mencarum 11 peratus daripada pendapatan bulanan masing-masing.

Selain itu, turut dibentangkan dalam Bajet 2016 ialah pemotongan cukai sehingga RM2,000 bagi individu yang berpendapatan RM8,000.

Najib akui walaupun pemotongan itu bakal menyebabkan kerajaan kehilangan kira-kira RM 350 juta hasil kutipan, tetapi beliau yakin langkah tersebut akan memberi manfaat kepada lebih dua juta pekerja.



No comments