Terkini

Pengumuman "Kita tak mahu mati" cetus kekecohan penumpang

PENUMPANG yang menaiki pesawat Ryanair dikejutkan dengan kenyataan seorang kru yang mengumumkan kelewatan penerbangan disebabkan oleh ais di bahagian sayap dan mengatakan “kita tak mahu mati”.


Pengumuman "Kita tak mahu mati" cetus kekecohan penumpang

Portal Mail Online melaporkan pengumuman mengejutkan itu dibuat dalam pesawat bagi penerbangan dari Glasgow ke Dublin, yang ditunda selama hampir lapan jam.


Penumpang, Ella Ryan yang amat terkejut dengan insiden tersebut memuat naik video mengenai kejadian itu di media sosial.

“Inilah yang berlaku apabila anda terpaksa menunggu hampir lapan jam, semua orang terpinga-pinga termasuk kakitangan ‘kita tidak mahu mati’ mencetuskan kekecohan,” katanya di laman sosial Instagram.



Penumpang berkenaan berkata, para penumpang diberikan beberapa alasan di atas kelewatan itu dan mendakwa mereka hanya diberikan baucar sebanyak £3.50 (RM21.99).

“Saya menaiki penerbangan ini semalam, sepatutnya berlepas dari Lapangan Terbang Glasgow pada pukul 3.35 petang (11.35 malam Ahad waktu Malaysia) tetapi ia tertunda sehingga ke pukul 11.35 malam (7.35 pagi Isnin waktu Malaysia) selepas berada di dua pesawat berbeza,” katanya dipetik sebagai berkata dalam Joe.co.uk.

Katanya, mereka hanya menerima satu baucar bernilai £3.50 (RM21.99) dan mendakwa menerima pelbagai alasan yang tidak konsisten sebagai punca kelewatan penerbangan.



Pengumuman kru kabin itu mencetuskan pelbagai reaksi penumpang di mana sebahagiannya terkejut dan ada menjadikannya sebagai jenaka.

Ryanair dalam satu kenyataan ringkas berkata: “Kita akan bercakap dengan anggota kru yang terlibat dan memohon maaf di atas komen berkenaan sehingga mencetuskan rasa kurang senang.”

Sumber : Mstar




No comments