Terkini

Peniaga, Pengawal Ditangkap Kerana Jadi Pengiring Konvoi VIP

KUALA LUMPUR: Dua lelaki, yang merupakan peniaga kuey teow goreng dan pengawal keselamatan ditahan polis akibat menyamar sebagai anggota polis trafik.


Peniaga, Pengawal Ditangkap Kerana Jadi Pengiring Konvoi VIP
Peniaga, Pengawal Ditangkap Kerana Jadi Pengiring Konvoi VIP
Penipuan itu dilakukan kononnya sebagai khidmat ‘pengiring konvoi VIP. Mereka ditahan pada Selasa sehingga Jumaat ini.


“Kami mengesyaki mereka telah menyamar sebagai anggota polis untuk beberapa tempoh yang agak lama. Kita perlu masa untuk siasat ke akar umbi,” demikian menurut Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Nadzri Hussain.

Polis kini menjalankan siasatan terhadap pesalah-pesalah lain yang juga melakukan ‘kerja’ yang sama, demikian memetik mStar.

Kedua-dua suspek berkenaan menunggal motorsikal berkuas atinggi, Honda CBX 750 yang menyerupai motorsikal pasukan polis trafik, dan melakukan tugasan seperti anggota trafik yang meminta pengguna jalan raya memberi laluan ketika VIP menggunakan laluan.



No comments