Terkini

Permohonan Kemas Kini Borang Matrikulasi Dibuka 10 Februari

Permohonan mengemas kini borang permohonan Program Matrikulasi Sesi 2016/2017 bagi pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015, dibuka dari 10 hingga 24 Februari ini.


Permohonan kemas kini borang matrikulasi dibuka 10 Februari

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan dalam kenyataan di Putrajaya hari ini, berkata pelajar yang membuat permohonan melalui Internet diminta berbuat demikian menerusi laman web kementerian di www.moe.gov.my.

"Keputusan ke program matrikulasi akan dikeluarkan 30 hari selepas keputusan SPM diumumkan secara rasmi di laman web sama.


"Pelajar ditawarkan ke program tersebut perlu mencetak sendiri surat tawaran yang akan dikeluarkan secara dalam talian tetapi tidak perlu menghantar salinan keputusan SPM kerana diambil terus daripada Lembaga Peperiksaan," katanya.

Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut boleh menghubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03-88844083/4036/4040 dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang hari bekerja. – Bernama, 22 Januari, 2016.



No comments