Terkini

Pesawat patah balik ambil penumpang lewat ke pengebumian bapa

JURUTERBANG Delta Air Lines telah mengemudi pesawat untuk berpatah balik dan mengambil satu keluarga yang sudah terlepas penerbangan tersebut, lapor The Independent.


Pesawat patah balik ambil penumpang lewat ke pengebumian bapa
Pesawat patah balik ambil penumpang lewat ke pengebumian bapa
Sekiranya juruterbang tersebut tidak bertindak sedemikian, keluarga Short bakal terlepas menghadiri pengebumian bapa mereka.


Keluarga itu mengalami kelewatan penerbangan selama 90 minit di Phoenix dan terpaksa berkejar untuk mendapatkan penerbangan kedua dari Minneapolis ke Tennessee.

Mereka dalam perjalanan untuk menghadiri majlis pengebumian Ray Short yang meninggal dunia Disember lalu akibat kanser paru-paru.

Apabila keluarga tersebut tiba di pintu berlepas, mereka diberitahu oleh staf syarikat penerbangan bahawa mereka sudah terlewat dan menara kawalan tidak akan memberi arahan untuk pesawat berpatah balik.

“Staf itu baru sahaja menghubungi menara kawalan. Dia kata sudah tidak ada apa-apa lagi yang boleh dilakukan. Menara tak akan panggil pesawat semula. Kakak dan ibu saya menangis, dan sama cuma menjerit,” jelas Rick Short dalam satu temubual dengan stesen televisyen tempatan.

Juruterbang yang masih mengawal pesawat di landasan berkata beliau sempat melihat Short melambai dari balai berlepas bersama keluarga yang sedang bersedih.


Selepas mendapat maklumat dari petugas di balai berlepas tentang keluarga Short, juruterbang itu serta-merta menghalakan pesawat ke balai berlepas.

Tambah juruterbang itu, beliau nekad kerana menyedari Delta Air Lines merupakan syarikat penerbangan yang menyediakan perjalanan terakhir ke Tennesee pada hari tersebut. -Astro Awani


No comments