Terkini

Polis buru individu aibkan Najib menyerupai Qu Puteh

Seorang pengguna internet bakal disiasat angkara memuat naik sekeping gambar yang mempersenda Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Polis buru individu aibkan Najib menyerupai Qu Puteh
Polis buru individu aibkan Najib menyerupai Qu Puteh
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam Twitter miliknya berkata Pusat Tindak Balas Siasatan Siber Polis (PCIRC) telah diarah supaya menyiasat penyiaran gambar yang ‘mengaibkan’ itu.


Gambar tersebut memaparkan wajah Najib yang telah dipakaikan tudung yang menyerupai gaya pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman atau Datuk Vida.

Gambar itu juga memaparkan dialog “Qu Samun, Qu Samun, barulah penyamun”, yang mengajuk ungkapan popular Hasmiza ketika mempormosikan barangannya yang berbunyi: “Qu Puteh, Qu Puteh, barulah putih”. - Free Malaysia Today



No comments