PU Rahmat Nasihat Wanita Buang Gambar Sedang Menyusukan Anak

Finalis Pencetus Ummah (PU) musim pertama Rahmat Ikhsan menasihati wanita yang berkongsikan gambar menyusukan anak di laman sosial supaya membuang foto tersebut.


PU Rahmat Nasihat Wanita Buang Gambar Sedang Menyusukan Anak
PU Rahmat Nasihat Wanita Buang Gambar Sedang Menyusukan Anak
PU Rahmat menerusi kemas kini di akaun Facebook(FB)nya menasihatkan agar kaum wanita tidak membuka ruang untuk membolehkan mereka dieksploitasi sesetengah pihak tidak bertanggungjawab.


Nasihat tersebut diutarakan PU Rahmat berhubung isu seorang wanita yang memuat naik gambarnya sedang menyusukan anak.

Kata PU Rahmat, sekalipun gambar berkenaan tidak mendedahkan aurat dan mana-mana anggota badan, hukumnya tetap haram berasaskan empat dalil.

Menerusi kemaskini tersebut, PU Rahmat menulis:

“Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.

Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?

Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.

Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...

Ustaz: Apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:
  1. Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
  2. Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
  3. Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
  4. Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.

Soalan: Apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?

Ustaz: Jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding...tidak kah akan ada eksploitasi

Seorang pengguna laman sosial dengan bangganya berkongsi gambar menyusukan anak, mencetuskan viral dan kontroversi
Seorang pengguna laman sosial dengan bangganya berkongsi gambar menyusukan anak, mencetuskan viral dan kontroversi

Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah eksklusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.


Menjaga wanita dari di diskriminasi dan di eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita. Maka jangan la membuka ruang dieksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi. Sayangi diri dengan sifat malu dalam diri

Kredit : PU Salman dan Group Whatsapp Asatizah serta Ustazah Isfadiah yang membantu mencerahkan UmmatSeputar isu ibu muda posing sambil susukan anak. via AstroGempak


No comments