Rayani Air Pilih Haron Din, Dr Maza Bukan Sebab Politik

SHAH ALAM: Pemilihan calon penasihat bagi syarikat penerbangan Rayani Air dibuat tanpa motif politik, sebaliknya ia dilakukan mengikut kredibiliti calon yang mempunyai pengetahuan luas dalam hal syariah.


Rayani Air Pilih Haron Din, Dr Maza Sebagai Calon Penasihat Bukan Sebab Politik
Rayani Air Pilih Haron Din, Dr Maza Sebagai Calon Penasihat Bukan Sebab Politik
Pengarah Urusannya, Jaafar Zamhari berkata, pemilihan penasihat itu berdasarkan kepada beberapa kriteria seperti berwibawa, mempunyai kredibiliti tinggi dan berpengetahuan luas dalam bidang syariah.


“Kita pilih beliau atas kriteria tersebut, bukan atas dasar politik, syarikat ini tiada kaitan dengan mana-mana parti politik, kita bebas daripada mana-mana parti.

“Ada juga nama-nama lain yang kita cadangkan seperti Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang mempunyai latar belakang yang sangat baik sebagai penasihat kita,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di ibu pejabat Rayani Air, semalam.

Sebelum ini, Jaafar berkata pihaknya dijangka melantik Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din sebagai penasihat yang berperanan menasihati Rayani Air konsep patuh syariah dalam syarikat penerbangan itu.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan Haron sendiri pada Isnin dengan menyatakan pihak Rayani Air Sdn Bhd masih belum menghubunginya mengenai hasrat melantiknya sebagai penasihat kepada syarikat penerbangan itu.


Jaafar juga berkata pihaknya belum membuat sebarang tawaran tersebut kerana ia perlu dibincangkan dengan Haron sebelum keputusan dicapai.

“Sama ada kami akan melantik dia sebagai penasihat atau tidak, sama ada dia menerima atau tidak itu bergantung kepada perbincangan kita nanti,” katanya lagi. -Sinar Harian


No comments