Top Ad unit 728 × 90

recent

Remaja 16 Tahun Dituduh Rogol Gadis Yang Mendakwa Dirinya Diculik

KLANG: Remaja lelaki 16 tahun tidak mengaku salah di Mahkamah Majistret, di sini, hari ini atas tuduhan merogol gadis berusia 14 tahun yang mendakwa dirinya diculik.


Remaja 16 Tahun Dituduh Rogol Gadis Yang Mendakwa Diculik
Remaja 16 Tahun Dituduh Rogol Gadis Yang Mendakwa Diculik
Dia yang juga kenalan gadis itu, didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Pelabuhan Klang pada Disember 2014 mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan. Majistret Nor Asma Ahmad menetapkan esok untuk sebutan semula kes.


Terdahulu di mahkamah yang sama, seorang lagi teman lelaki remaja perempuan itu, Gan Chin Teck, 19, turut didakwa atas pertuduhan melarikan remaja bawah umur tanpa keizinan yang sah. Bagaimanapun, Chin Teck tidak mengaku bersalah dan minta dibicarakan.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. Nor Asma menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula. Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Syed Farid Syed Ali.

Sementara itu, remaja perempuan terbabit yang mendakwa dirinya diculik Disember lalu mengaku bersalah di mahkamah yang sama atas pertuduhan mengikut seksyen 196 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menggunakan keterangan diculik sebagai keterangan yang benar sedangkan ia adalah palsu. - Bernama.


Perbuatan itu dilakukan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, kira-kira jam 9.12 pagi, 29 Disember lalu. Pada 27 Disember lalu, seorang gadis dilaporkan hilang berdekatan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang.

Kes kehilangan gadis itu menjadi viral di laman sosial selepas rakaman perbualan telefon antara remaja itu bersama kakak angkatnya tersebar. - Bernama

LAGI TENTANG CERITA DAN BERITA CULIK PALSU NUR AMIRAH

www.ohdunia.my/.../kes-culik-nur-amira-satu-malaysia-kena.html
5 hari yang lalu ... Laman Facebook 'Pertubuhan Anak Polis Malaysia' telah berkongsi maklumat mangatakan bahawa kes culik gadis bernamaNur Amirah ...
www.ohdunia.my/.../nur-amirah-ati-ditemui-selamat-rupanya-tidak-diculik. html
5 hari yang lalu ... Shah Alam: Remaja perempuan yang mendakwa diculik dari rumahnya di Bandar Sultan Suleiman, Klang, Ahad lalu, Nur Amirah Athirah ...
www.ohdunia.my/.../identiti-teman-lelaki-nur-amirah-dan-laporan-polis.html
5 hari yang lalu ... Hasil dari perkongsian group Whatsapp berikut ini adalah laporan penuh polis Kes Culik palsu Nur Amirah dan gambar identiti teman lelaki ...
www.ohdunia.my/2016/.../baik-buruk-dia-tetap-anak-saya-darah.html
3 hari yang lalu ... Sebagai bapa katanya, beliau sudah tentu khuatir serta takut akan keselamatan anaknya berdasarkan perbualan telefon Nur Amirah Atirah ...
www.ohdunia.my/.../akhirnya-nur-amirah-athirah-mohon-maaf.html
2 hari yang lalu ... Nur Amirah Athirah, gadis yang berbohong dengan mereka-reka cerita dirinya menjadi mangsa culik sebelum ditemui bersama kekasihnya ...
www.ohdunia.my/.../nur-amirah-teman-lelaki-akan-didakwa-di-mahkamah. html
23 jam yang lalu ... SHAH ALAM – Nur Amirah Atiqah, 14, yang mendakwa dirinya diculik pada 27 Disember lalu akan didakwa di mahkamah mengikut Seksyen ...
=

Remaja 16 Tahun Dituduh Rogol Gadis Yang Mendakwa Dirinya Diculik Reviewed by Adam Hakimie on January 06, 2016 Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by OhDunia.My © 2014 - 2015
Share by GFXFree.Net

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.