Terkini


“Saya akan terus berjuang pastikan jersi utama TRW berwarna pink” - Vida

“Walaupun Nike keluarkan jersi warna pink, saya tetap tolak.” Demikian tegas pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman ketika ditanya sama ada beliau akan mempertimbangkan jersi warna merah jambu yang dihasilkan pengeluar barangan sukan gergasi dunia, Nike yang masih mempunyai kontrak dengan pasukan bola sepak Kelantan.


“Saya akan terus berjuang pastikan jersi utama TRW berwana pink” - Vida
“Saya akan terus berjuang pastikan jersi utama TRW berwana pink” - Vida
Hasmiza atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berkata beliau tidak mahu pasukan yang ditajanya itu terikat dengan mana-mana pengeluar barangan sukan lain.


“Saya akan terus berjuang bagi memastikan jersi utama The Red Warriors (TRW) berwarna pink. Kalau boleh nak buang terus simbol Nike tu, tidak adil bagi saya sebagai penaja utama,” katanya kepada mStar Online.

Vida berkata beliau memperuntukkan bajet berjumlah RM4 juta untuk kempen promosi skuad TRW musim ini.

“Saya dah bayar RM4 juta untuk Airtime Management Programming (AMP), jadi tak adil bagi saya jika ada pihak yang dapat promosi percuma disebabkan hanya taja jersi TRW,” katanya kepada mStar Online.

Difahamkan TRW masih mempunyai kontrak selama setahun lagi dengan Nike yang merupakan penaja peralatan dan jersi rasmi skuad tersebut sejak 2014.

Pada Ahad, Vida menyatakan rasa kecewa dengan tindakan pasukan bola sepak Kelantan (Kafa) yang mengumumkan jersi TRW kekal dengan warna tradisi iaitu merah di gelanggang sendiri dan warna putih/biru di tempat lawan bagi aksi Liga Malaysia musim ini.

Usahawan wanita kelahiran Machang itu turut tidak bersetuju warna asas produk Qu Puteh iaitu merah jambu sekadar digunakan untuk jersi ketiga.

Susulan itu, Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi Kafa bagi membincangkan perkara itu dengan disaksikan peguamnya pada petang Ahad.

“Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama,” katanya.


Ketika ditanya mengenai dakwaan segelintir pihak yang menyifatkan beliau seorang yang ‘demanding’, Vida berkata beliau mempunyai perancangan jangka panjang untuk melakukan penjenamaan semula kepada TRW.

“Saya tak naklah di peringkat asas sudah ada masalah, nanti hasilnya hanya sia-sia. Oleh itu, apabila saya buat keputusan untuk taja TRW, saya akan berusaha all out. Saya mahu TRW dikenali disebabkan identitinya yang tersendiri,” kata Vida. Sumber: Mstar


No comments