Saya redha dengan ujian ini, tetap cuba dapatkan cahaya mata – Siti Nurhaliza

Sekitar bulan Oktober tahun lepas, berita tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza mula menjadi viral meskipun beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya.


Saya redha dengan ujian ini, tetap akan cuba dapatkan cahaya mata – Siti Nurhaliza
Saya redha dengan ujian ini, tetap akan cuba dapatkan cahaya mata – Siti Nurhaliza
Boleh kata hampir setiap rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Siti Nurhaliza dan kandungannya.

Namun, disaat Siti Nurhaliza sudah bersedia untuk mengumumkan beliau sudah hamil, ternyata takdir menyatakan yang sebaliknya. Siti Nurhaliza mengalami keguguran selepas dua bulan hamil. Berita yang cukup sedih itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi akaun Instagramnya.


Hanya berdiam diri sebelum ini mengenai keguguran beliau, Siti Nurhaliza menerusi portal Harian Metro baru-baru ini berkata, beliau redha dengan ujian yang diberikan.

Saya reda dengan ujian ini dan saya tahu, bukan saya seorang saja diberikan dugaan sebegini. Saya tetap bersangka baik dengan apa jua ujian daripada-Nya. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai punca beliau keguguran, namun menurut Siti Nurhaliza antara faktor perkara itu berlaku kerana beliau kurang rehat. Apatah lagi beliau tidak sangka sedang hamil saat menjayakan Konsert Suara Volume 2.

Mulanya saya sendiri tak menjangka sedang hamil kerana ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya dan perkahwinan anak suami. Dalam masa sama pula, suami dijangkiti demam denggi. Jadi saya tak cukup rehat dan tenang. Tetapi tak mengapa kerana itu adalah ketentuan Allah. Dia sudah tetapkan segalanya.

Walaupun menghadapi satu ujian yang agak besar dan mencabar ketabahan hati, Siti Nurhaliza tetap tidak berputus asa dan akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata lagi.


Doakan semoga selepas ini lebih cepat . Menurut doktor kalau sudah keguguran, kemungkinan untuk mengandung lagi lebih cepat. Jadi, saya mahu biar segera dikurniakan cahaya mata. Penantian selama hampir 10 tahun bukan satu jangka masa pendek. Apa yang penting, saya dan suami tak pernah putus berdoa.

Datuk Siti Nurhaliza pada kami seorang wanita yang agak tabah dan kuat menerima ujian yang sangat besar daripada Allah SWT. InshaAllah, jika ada rezeki pasti satu hari nanti beliau akan dikurniakan lagi cahaya mata. - Beautifulnara


No comments