Terkini

‘Semua tak iktiraf dia, Sultan Melaka’ syok sendiri – Pakar Sejarah

Raja Noor Jan Shah Tuah didakwa syok sendiri dan mahu mendapatkan anugerah kerana mengaku dirinya Sultan Melaka.


‘Semua tak iktiraf dia, Sultan Melaka’ syok sendiri – Pakar Sejarah
‘Semua tak iktiraf dia, Sultan Melaka’ syok sendiri – Pakar Sejarah
Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Noor Jan menganggap dirinya sebagai sultan sedangkan hakikatnya Kerajaan Melaka serta pakar-pakar sejarah tidak mengiktiraf beliau.


“Kerajaan Melaka tidak iktiraf dia (Noor Jan), sejarah pun tak iktiraf dia, saya tengok dia macam syok sendiri (gelar dirinya sultan Melaka),” katanya.

Bercakap kepada FMT, Ramlah berkata, keturunan yang mewarisi keturunan Sultan Melaka sudah tidak lagi wujud dan hanya tinggal dalam lipatan sejarah negara.

“Keturunan Sultan Melaka sudah habis saya rasa kita tak payah layan dia,” katanya.

Mengulas mengenai gelaran pangkat yang diberikan Noor Jan kepada individu tertentu, Ramlah berkata, pemberian tersebut juga tidak sah kerana era Kesultanan Melaka itu sendiri sudah tidak wujud.


“Bagi yang menerima gelaran itu, mereka mestilah kena tahu dia (Noor Jan) bukan sultan, dia bukan berdaftar dan dia bukan keturunan sultan,” katanya.

Media melaporkan, Ketua Polis Melaka Datuk Chuah Ghee Lye berkata, Noor Jan kini disiasat mengikut Akta Hasutan, kerana mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka. - FMT


No comments