Terkini


Seorang Suspek Kes Bunuh Di Pusat Membeli-belah Ditahan

Kuala Lumpur – Polis menahan lelaki berusia 34 tahun, dipercayai antara suspek yang terbabit dalam kejadian bunuh seorang lelaki di pusat beli-belah Brem Mall, pagi tadi.


Seorang Suspek Kes Bunuh Di Pusat Membeli-belah Ditahan
Seorang Suspek Kes Bunuh Di Pusat Membeli-belah Ditahan
Lelaki itu ditahan hasil serbuan ke atas sebuah kediaman di Damansara Damai, lima jam selepas mangsa ditemui mati.

Ketua Polis Sentul, R Munusamy, berkata setakat ini, siasatan lanjut sedang dilakukan ke atas suspek terbabit bagi memudahkan pihak polis mengesan lima lagi suspek yang berada bersama mangsa.


“Suspek yang ditahan ini adalah antara enam lelaki yang dilihat kali terakhir berada bersama mangsa di hadapan lif tingkat lima pusat beli-belah berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian jam 8.41pagi tadi, mangsa Foo Yong Eng, ditemui mati oleh pengawal keselamatan dengan kesan kecederaan serius pada muka dipercayai akibat dipukul dan dipijak.

Sebelum itu, dia dilihat tiba di pusat beli-belah berkenaan bersama seorang wanita pada jam 6 pagi sebelum dilihat dibawa oleh enam lelaki masuk ke tangga kecemasan.

Tingkat lima pusat beli-belah itu turut menempatkan pusat hiburan karaoke, Level 5 dan pusat snooker, lapor BH Online.



No comments