Terkini


Siti Nordiana Memang Ada Ciri-Ciri Yang Saya Cari – Datuk Hattan

Datuk Hattan menyatakan minatnya terhadap pemenang program Gegar Vaganza 2, Siti Nordiana. Hattan berminat untuk menawarkan Siti Nordiana menjayakan watak utama dalam filem terbaru yang berjudul Gadis Jolobu.


Siti Nordiana
Siti Nordiana Memang Ada Ciri-Ciri Yang Saya Cari – Datuk Hattan
Filem tersebut merupakan hasil kerjasama antara pihak Hattan dengan Q-Plex Communication.

BACA: Ini Adalah Alasan Mengejut Kenapa Siti Nordiana Tolak Pinangan Ustaz


“Melihatkan keadaan industri filem yang semakin pulih, perancangan untuk menghasilkan filem Gadis Jolobu bakal diteruskan pada tahun ini.

“Memandangkan filem ini inspirasinya adalah menerusi lagu Gadis Jolobu, saya mahu pelakonnya nanti boleh bertutur dengan bagus dalam dialek Negeri Sembilan.


Siti Nordiana
Siti Nordiana

“Saya ada bayangkan Siti Nordiana membintangi filem ini. Tetapi perkara ini belum dibincangkan secara lebih lanjut lagi,

“Watak dalam filem tersebut memerlukan pelakon wanita bertudung dan boleh bercakap dialek tempatan.

“Siti Nordiana sememangnya mempunyai ciri-ciri yang dicari, jadi saya berminat untuk mengambilnya. Tidak sukar baginya untuk bertutur dalam dialek Negeri Sembilan nanti,”

Sumber: Astro Awani.



No comments