Terkini


Skandal RM2.6 bilion: Peguam Negara rumitkan keadaan

Keputusan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk melepaskan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tanpa mendedahkan penemuan kes derma RM2.6 bilion dan SRC International hanya memastikan rakyat terus berprasangka.


Skandal RM2.6 bilion: Peguam Negara rumitkan keadaan

Pengarah Strategi AMANAH, Dr Dzulkefly Ahmad berkata, tindakan Apandi itu ternyata percaturan yang silap kerana ia menguja lebih banyak pertikaian dan persoalan.

“Untuk rakyat percaya ‘cerita dongeng’ ini, Peguam Negara dan pemerintah perlu mendedahkan semua yang perlu didedahkan. Hanya dengan cara ini, mungkin isu itu boleh ditutup.

BACA: Peguam negara jadi hakim, pendakwa bersihkan Najib, kata Tun Mahathir


“Kini, mustahil PM dapat meraih kembali kepercayaan rakyat. Barangkali semua kepercayaan rakyat yang berbaki pada dirinya telah hilang.”

BACA: Arab Saudi tidak tahu, sumber dakwa RM2.6 bilion dari Raja Abdullah

Berbangkit daripada fakta kes bahawa wang derma Arab Saudi disalurkan ke akaun Najib pada 2013, manakala RM42 juta daripada SRC International disalurkan pada penghujung 2014 dan awal 2015, Dr Dzulkefly mempertikaikan kemunasabahan wang terbabit disalurkan pada dua masa berbeza melalui dua akaun berbeza.

“Bagaimana rakyat boleh percaya bahawa penderma yang menderma wang kepada Najib sebelum pilihan raya umum 2013 membuat keputusan untuk sekali lagi menderma setahun kemudian, kali ini melalui akaun SRC? Apakah kerana Najib bermurah hati untuk mengembalikan RM2.03 bilion daripada derma pertama kepada mereka?”


Dr Dzulkefly menambah, hujah Peguam Negara bahawa Najib tidak menyedari SRC International menyalurkan RM42 juta ke akaun peribadinya, bahkan tidak dimaklumkan wang itu dari bekas anak syarikat 1MDB, hanya merumitkan lagi kedudukan Najib.

“Pertikaiannya kini: Siapa dalam SRC yang mengizinkan pemindahan wang itu? Adakah SRC mempunyai butiran akaun peribadi Najib? Siapa yang menyerahkannya? Rakyat mungkin berpendapat ia kerja Najib atau isterinya.

“Lantas mengapa Najib berpura-pura tidak tahu malah tersengih? Bukankah tampak jelas penipuan itu?” lapor FMT


No comments