Terkini


Gambar Sekitar Sultan Johor Memasak Untuk Mangsa Banjir Segamat

Viral di media sosial hari ini ialah beberapa keping gambar DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar membantu mangsa-mangsa banjir di Segamat.


Sultan Johor Cemar Duli Memasak Untuk Mangsa Banjir Segamat
Menerusi laman Facebook baginda, Sultan Johor telah memuat naik beberapa keping gambar lawatan baginda ke pusat pemindahan banjir di Balairaya Gemereh 4, hari ini.


Difahamkan, baginda telah meluangkan masa bersama mangsa-mangsa banjir sambil memberi motivasi, menyumbang makanan serta barang keperluan harian kepada mereka.

Lebih menarik, baginda dilihat membantu memasak sajian nasi goreng yang kemudian dihidangkan kepada mangsa-mangsa banjir, sebelum meninggalkan pusat pemindahan itu.

Today, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan of Johor, visited some flood victims in Segamat. Twenty five...
Posted by Sultan Ibrahim Sultan Iskandar on Sunday, January 3, 2016

Susulan itu, rata-rata netizen memuji perbuatan itu dengan menyifatkan Sultan Johor sebagai seorang yang peramah serta penyayang.

Sultan Johor Memasak

Seorang pengguna Facebook, Muhd Syahmi berkata, “Syukur dapat seorang Raja yang baik hati...saling tolong menolong antara satu sama lain....dan sentiasa memberi kata-kata semangat kepada rakyat...Saya berasa amat bangga dgn Tuanku.”


Menurut Lam Ying Choi pula, tindakan sebegini perlu dijadikan teladan oleh semua pemimpin di negara ini.


Malah, ada yang mengucapkan terima ksih kepada Sultan kerana meluangkan masa bersama mangsa banjir, kerana menurut mereka, ini adalah satu masa yang sukar bagi semua keluarga yang terjejas.

Sejumlah 25 orang daripada lima keluarga telah dipindahkan dan ditempatkan di Balai Raya Gemereh 4 di Segamat, Johor Darul Ta'zim. -Astro Awani


No comments