Tabung Haji sudah mula dipolitikkan – Abdul Azeez

Kuala Lumpur – Lembaga Tabung Haji (TH), langsung tidak berdepan dengan sebarang masalah kewangan seperti yang digembar-gemburkan oleh portal tempatan.


Abdul Azeez

Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, TH sudah mula dipolitikkan dan semua isu terbabit hanya dakyah polemik politik.


Katanya, semua pendeposit tidak perlu risau dengan fitnah yang dilemparkan dan TH juga tidak memerlukan sebarang bantuan daripada kerajaan.

“Selama ini saya diam sahaja tetapi Tabung Haji pula dipolitikkan dan fitnah yang mengatakan Tabung Haji kehilangan duit dan tak akan membayar dividen, tidak benar sama sekali.

MIDDLE-OF-POST.jpg
“Malah, tahun ini Tabung Haji memperuntukkan subsidi sebanyak RM160 juta bagi jemaah yang pertama kali mengerjakan haji dan jika TH rugi bagaimana kami boleh memberi subsidi,” katanya kepada media di luar mesyuarat khas TPPA di Parlimen, hari ini.

Abdul Azeez berkata, mengenai pemberian dividen pula, TH akan mengumumkannya pada minggu pertama Februari ini dan menjangkakan memberi dividen yang agak memberangsangkan kepada pendeposit.


“Untuk Mak Long, Pak Long, pakcik dan makcik di kampung, jangan percaya dakyah yang ada. Kami ini pun orang beramanah dan orang Islam, kami akan jaga Tabung Haji dengan baik.


“Sabarlah untuk kami mengumumkan dividen awal Februari ini, lazimnya jangka masa memang antara bulan Januari hingga Mac,” katanya, lapor Harian Metro.






No comments