Terkini

“Tahun Ini, Fokus Utama Adalah Dapatkan Anak” – Siti Nurhaliza

SATU Malaysia bersimpati dengan kisah duka yang dialami penyanyi No.1 negara, Datuk Siti Nurhaliza apabila disahkan mengalami keguguran tatkala usia kandungannya memasuki dua bulan.


“Tahun Ini, Fokus Utama Adalah Dapatkan Anak” – Siti Nurhaliza
“Tahun Ini, Fokus Utama Adalah Dapatkan Anak” – Siti Nurhaliza
Bagaimanapun, Siti ternyata terus optimis dan redha atas ujian Ilahi kepadanya.

Mengakui tahun 2015 mencabar buat dirinya dengan meninggalkan pelbagai kenangan suka duka.


Oleh itu, Siti memberitahu, pada tahun ini dia memilih untuk mengehadkan pembabitannya dalam bidang seni dan mahu memberi fokus untuk hamil kembali.

“Jika ditanya apakah harapan Siti untuk tahun ini pastinya fokus utama adalah untuk mendapatkan zuriat. Apa yang berlaku tahun lalu, mengajar Siti untuk lebih berhati-hati.

“Siti anggap ia satu peringatan Tuhan supaya lebih menjaga kesihatan diri. Ketika mula-mula Siti hamil, ia adalah sesuatu yang di luar jangkaan dan waktu itu Siti sedang giat menjalani latihan untuk konsert.

“Takkanlah Siti hendak batalkan konsert berkenaan memandangkan persiapannya sudah banyak dibuat.

“Sebagai persediaan ke arah itu (mendapatkan anak), Siti kena banyak berehat dan maknanya tiada konsert besar untuk tahun 2016,” jelas Siti kepada BH Plus.

Meskipun bergitu, penyanyi kesayangan ramai ini masih lagi menerima tawaran persembahan berskala kecil.


Siti berkahwin dengan Datuk Khalid Mohd. Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K pada tanggal 21 Ogos 2006 di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Diharap semoga impian Siti untuk menimang cahaya mata dalam waktu terdekat dimakbulkan Allah SWT. Sama-sama kita doakan penyanyi ini. –  Kredit: Mynewshub.cc

KISAH SUKA DUKA SITI NURHALIZA 'HAMIL' SEPANJANG TAHUN 2015
www.ohdunia.my/.../alhamdullilah-siti-nurhaliza-hamil-hampir-2-bulan.html
13 Nov 2015 ... TEKA-teki spekulasi kehamilan penyanyi No.1 negara akhirnya terjawab, apabila Datuk Siti Nurhaliza Tarudin kini sebenarnya sedang hamil ...
www.ohdunia.my/.../penyanyi-tersohor-negara-datuk-siti-nurhaliza-hamil. html
8 Nov 2015 ... Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza dikhabarkan kini hamil. Sumber terdekat memaklumkan, perkhabaran gembira itu disampaikan ...
www.ohdunia.my/.../saya-tidak-akan-menyembunyikan-berita-baik-tersebut- siti-nurhaliza.html

9 Nov 2015 ... Penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin berjanji akan berkongsi berita gembira sekiranya beliau disahkan hamil.
www.ohdunia.my/.../saya-redha-dengan-ujian-ini-siti-nurhaliza.html

5 hari yang lalu ... Siti Nurhaliza mengalami keguguran selepas dua bulan hamil. Berita yang cukup sedih itu dikongsikan sendiri oleh beliau 
menerusi akaun ...
www.ohdunia.my/.../gambar-baby-bump-siti-nurhaliza-dapat-perhatian.html
24 Nov 2015 ... Siti sebelum ini turut memuat naik gambar kurma dan susu kambing di Instagram miliknya yang sinonim untuk kesihatan ibumengandung.
www.ohdunia.my/.../luahan-sayu-dato-siti-nurhaliza-kandungan-2-bulan- keguguran.html
2 Dis 2015 ... Melalui perkongsian di laman Instagram, Dato' Siti Nurhaliza telah membuka cerita sebenar ... Siti Nurhaliza Hamil, Kandungan Berusia .

No comments