Terkini

Taksub badan sado, Lelaki ini nyaris maut terlebih dos makan pil diet

Kerana terlalu taksub mahukan bentuk badan sado (sasa), seorang bapa nyaris maut disebabkan terlebih dos pil diet yang menyebabkan badannya ‘masak’ dari dalam.


Lewis Brown
Lewis Brown
Lewis Brown, 25, mula mengunjungi gim untuk tujuan kesihatan, tetapi lama-kelamaan semakin obses dan makan steroid untuk mencapai berat badan sekitar 95 kilogram.


Pekerja makmal itu pergi ke gim setiap hari sebelum mula makan pil diet kontroversi, DNP, pada musim panas lalu untuk menghilangkan lemak berlebihan badan seterusnya menambah otot.

Malangnya, dia mengalami masalah kerana terlebih makan pil berkenaan apabila menelan lapan ‘pembakar lemak’ itu yang boleh dibeli dengan harga semurah 3p (RM1.90) di Internet untuk dos sehari.



Akibatnya, bahan kimia beracun di dalam pil berkenaan meningkatkan suhu badannya sehingga 42 darjah Celsius.

Sumber : myMetro


No comments