Tasha Shilla Kini Hangat Bercinta Dengan Kapten?

Mahu menjadikan tahun 2016 sebagai tahun kebangkitan semula, Tasha Shilla kini didakwa sedang menjalin cinta dengan seorang lelaki berpangkat kapten namun empunya diri pantas menafikan perkara tersebut.


Tasha Shilla

“Kami cuma berkawan dan tiada ikatan cinta. Saya tidak mahu lagi berkongsi mengenai soal hati dan biarlah kisah cinta saya dengan Hans dulu adalah yang terakhir diketahui umum. Selagi tiada ikatan yang sah, saya tidak akan bercerita kerana tidak mahu kisah lalu berulang kembali”


“Kalau saya bertunang atau akan berkahwin, saya akan jemput dan maklumkan kepada semua, bukan lagi menjaja kisah cinta. Buat masa sekarang saya belum ada teman istimewa kerana mahu menumpukan kepada karier seni sebab perjalanan dunia seni saya sekarang ini agak perlahan,” jelasnya dipetik daripada BH Online.

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Tasha Shilla

Kata Tasha, dia tidak mahu terlalu terbuka bercerita mengenai kehidupan peribadi seperti yang dilakukannya sebelum ini.

Malah dia juga mahu memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerjaya. Semoga Tasha berjumpa dengan naskhah yang mampu melonjakkan semula namanya dalam bidang seni. (rtky/s)

Gambar Ihsan: 712 Studio













No comments