Terkini

Tiada Jodoh: Adam AF, Fiza Elite Sah Bercerai Kali Kedua

Setelah agak lama menyimpan rahsia, akhirnya pelakon dan penyanyi kumpulan Elite, Fiza Halim, mendedahkan bahawa dia sudah bercerai dengan suaminya, Adam AF.


Tiada Jodoh: Adam AF, Fiza Elite Sah Cerai Kali Kedua
Ini merupakan perceraian kali kedua pasangan ini. Fiza dan Adam bernikah pada September 2013. Kemudian mereka pernah bercerai pada 28 April 2014 tetapi rujuk dalam tahun yang sama.


Berkenaan dengan perceraian kali kedua ini, menurut Fiza, Adam melafazkan cerai pada 21 September lalu dan mereka telah membuat pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember.

Katanya, dia berkongsi berita ini agar orang tahu status dirinya yang sebenar, sebab orang sudah mula menyedari ketiadaan Adam di sisinya bila berjalan ke mana-mana.

"Saya menganggap kami sudah tiada jodoh dan kami telah berpisah dengan cara baik. Saya juga minta dia lepaskan saya tanpa ada rasa dendam di hati. Sekarang ini kami bawa haluan sendiri," jelas Fiza menerusi Berita Harian Online.

Selain itu, Fiza juga menjelaskan bahawa dia sudah solat istikharah dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka, namun keputusan lebih kepada berpisah.


"Walaupun sekitar Ogos tahun lepas kami masih sebumbung tapi berlainan bilik. Semakin berusaha, semakin jauh juga perasaan itu," ujar Fiza.

Untuk rekod, perkahwinan bersama Adam, mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Namun bersama suami pertama, Ahmed Farriq, mereka dikurniakan dua orang anak dan hubungan mereka masih baik.

Cerita-Cerita Adam AF dan Fiza Elite Elite Sebelum ini:


×
  1. Fiza Halim, Isteri Adam AF alami keguguran selepas hamil 7 minggu
    Ribuan takziah diucapkan kepada Fiza dan Adam yang telah pun mendapat berita sedih keguguran anak di...
  2. Adam AF & Fiza Elite Jadikan Kesilapan Lama Pengajaran Berharga
    Perkahwinan Adam AF dan Fiza Elite pernah jadi hangat bila mereka bercerai dalam tempoh perkahwinan ...
  3. Adam Dan Fiza Elite Kembali Rujuk Selepas Berpisah Selama 2 Bulan
    Panjang jodoh mereka berdua nampaknya dan siapalah kita untuk meramalkan yang sebaliknya. Adam AF &a...
  4. Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Rujuk Kembali?
    Saya tak menolak kalau betul kata ada jodoh, amin. Kami cuma berdoa saja,” kata pelakon Fiza Halim ...
  5. Fiza Elite Dedahkan Punca Sebenar Penceraian Dengan Adam AF
    Pelakon Fiza (Elite) mendedahkan, laman sosial Instagram antara penyebab berlakunya perceraian antar...

No comments