“Tiada Peguam Negara yang akan dakwa Perdana Menteri” - Bekas Hakim

PUTRAJAYA: Tiada Peguam Negara yang akan mendakwa Perdana Menteri memandangkang mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri, kata bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Noor Abdullah.


“Tiada Peguam Negara yang akan dakwa Perdana Menteri” - Bekas Hakim
“Tiada Peguam Negara yang akan dakwa Perdana Menteri” - Bekas Hakim (Foto FMT)
“Hakikatnya Peguam Negara adalah calon daripada Perdana Menteri. Misalnya katakanlah Perdana Menteri lakukan kesalahan, adakah anda rasa Peguam Negara akan mendakwanya?

“Beliau boleh, tetapi Perdana Menteri akan bertindakbalas dengan menasihati Agong agar memecatnya dan melantik Peguam Negara baharu,” katanya dalam sidang media di Bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.


Mohd Noor adalah ahli panel bebas khas SPRM yang turut dianggotai bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan.

Terdahulu, panel itu mencadangkan agar SPRM bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali bagi meminta penjelasan berhubung keputusan Apandi membersihkan Datuk Seri Najib Razak daripada sebarang kesalahan dalam kes derma RM2.6 bilion dan RM42 juta SRC International.

Ketika ditanya berhubung perkara itu, Mohd Noor berkata ia adalah hak eksklusif Apandi selaku Peguam Negara.

Namun, katanya lagi, Apandi bertindak di luar kuasanya apabila mengarahkan SPRM untuk menutup siasatan dua kes tersebut.

Baca: Peguam Negara tiada kuasa arah SPRM henti siasat Najib - Tan Sri Abu Talib

“Kita perlu bergantung kepada Peguam Negara sama ada untuk mendakwa atau tidak. Tetapi beliau patut membiarkan SPRM meneruskan tugasnya sehingga tamat.

“Apabila panel berkata SPRM patut bertemu dengan Peguam Negara, ia bermakna panel tidak gembira dengan tindakannya mengarahkan siasatan dihentikan,” katanya lapor Free Malaysia Today.



No comments