Terkini


Tiga 'Toyol' Pancing Duit Tabung Surau Ditangkap

Ampang: Tiga ‘toyol’ remaja menggunakan batang lidi disalut gam sebagai pancing untuk mencuri wang derma disimpan di dalam peti besi sebuah surau.



KARIAH surau menunjukkan tabung derma yang menjadi sasaran.
Kegiatan tiga remaja lelaki berusia 16 hingga 18 tahun itu bagaimanapun dibongkar apabila mereka diberkas ahli kariah Surau Al-Hilal Pandan Jaya di sini, jam 1.30 pagi semalam.


Salah seorang ahli kariah surau itu, Amir Alang Ismail berkata, kumpulan pencuri remaja itu menggunakan lidi disalut gam untuk menarik wang kertas dalam peti besi itu.

Menurutnya, suspek memasukkan lidi itu ke dalam lubang sebelum mencondongkan peti besi berkenaan.

“Bagaimanapun aksi mereka yang turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) disedari penduduk sebelum semua mereka diberkas.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, remaja itu berpura-pura masuk ke dalam surau kerana kepenatan dan mahu berehat.

Bagaimanapun beberapaahli kariah surau menyedari tindakan suspek cuba mencuri wang sebelum menahan mereka.

“Semua remaja itu kini dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang untuk tindakan lanjut,” katanya.HM



No comments