Terkini

Trak termahal dunia milik Sultan Johor mula dipamerkan kepada awam

Trak termahal dunia milik Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar kini mula dipamerkan untuk tontonan awam di pintu Gerbang Mahkota Johor, Istana Bukit Serene mulai jam 6.45 petang, hari ini.


Trak termahal dunia milik Sultan Johor mula dipamerkan kepada awam
Menurut laman Facebook Johor Southern Tigers, trak khas yang dianggarkan mencecah RM1.4 juta dibuat oleh Mack Truck Australia itu mempunyai banyak ciri khas.

BACA: Sultan Johor miliki ‘Trak Istana’ paling mahal di dunia? (1 Video, 7 Foto)



“Ia ada visual mirip JDT Cigarette Speed Boat yang memaparkan bayangan harimau selain warna rasmi Johor iaitu merah, biru dan putih serta terdapat bulan dan bintang.

“Trak ini mempunyai enam kamera litar tertutup (CCTV), dua set televisyen, dapur barbeku, katil selain tempat duduk yang dijahit dengan benang emas serta ‘hood ornament’ khas dianggap sangat eksklusif dan tidak terdapat pada trak jenama Mack lain,” kata laman sosial berkenaan.

Laman sosial itu menyebut, trak itu mencuri tumpuan orang ramai apabila dilihat menyusuri jalan raya di Johor Bahru dalam beberapa hari sebelum ini dan kini ia menjadi salah satu tarikan koleksi peribadi Sultan Johor.



No comments