Terkini

Treler Terbakar, 6 kereta PERODUA baharu hangus

RAWANG: Enam kereta PERODUA baharu yang diangkut sebuah treler menghala utara, musnah apabila treler berkenaan terbakar di Kilometer 400.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, kira-kira jam 10 malam tadi.


Treler Terbakar, 6 kereta PERODUA baharu hangus

Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Bomba Selangor, Mohd Sani Harul, berkata pihaknya yang menerima panggilan pada jam 10.14 malam, menghantar sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dan Rawang ke lokasi.


“Anggota bomba yang tiba kira-kira 15 minit kemudian mendapati treler dan enam kenderaan terbabit musnah sepenuhnya akibat kebakaran itu.


Enam kereta yang musnah itu keluaran PERODUA, membabitkan kereta Axia, Alza dan Myvi,” katanya.

Mohd Sani berkata, api berjaya dipadamkan kira-kira setengah jam kemudian dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. -BH Online



No comments