Terkini


Tren Kargo KTMB Sepanjang 1.9km Catat Rekod Dalam MBOR

TREN kargo Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) membawa 120 wagon seberat 2,400 tan berlepas dari Stesen KTM Pelabuhan Klang ke Stesen KTM Padang Besar, Perlis pada 9.55 malam tadi.


Tren Kargo KTMB Sepanjang 1.9km  Catat Rekod Dalam MBOR

Tren sepanjang 1.9 kilometer itu bakal mencatat rekod dalam Malaysia Book Of Records (MBOR) dalam kategori tren kargo terpanjang.

Rekod sebelum ini dilakukan pada 2010 dengan membawa 50 wagon saja.


Presiden KTM Berhad Leftenan Kolonel (B) Datuk Sarbini Tijan berkata, tren itu menggunakan Lokomotif Kelas 26 yang turut dikenali Blue Tiger dan boleh menarik muatan sehingga 3,000 tan.

Katanya, tren kargo itu dijangka sampai di Padang Besar pada jam 1.15 petang hari ini.

Tren Kargo KTMB Sepanjang 1.9km  Catat Rekod Dalam MBOR

“Penyampaian sijil MBOR akan diberikan kepada Pengerusi KTMB Datuk Ir Nawawi Ahmad sebaik kereta api berkenaan tiba esok,” katanya ditemui pada majlis pelepasan tren kargo KTM, di sini, malam tadi.

Sarbini berkata, kargo itu bertujuan memberi perkhidmatan pengangkutan barang yang lebih cekap, ekonomi dan selamat.

Selain itu katanya, ia memberi alternatif kepada pergerakan kargo dari selatan Thailand sehingga ke Indo-China. - myMetro



No comments