Terkini


Usul Penyertaan Malaysia dalam TPPA diluluskan Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Semalam usul Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) telah diluluskan oleh Dewan Rakyat. Speaker iaitu Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah membuat keputusan tersebut selepas 211 ahli parlimen membuat undian.



Daripada jumlah tersebut, 127 ahli parlimen bersetuju dengan usul tersebut dan 84 tidak bersetuju.


Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika menggulung perbahasan usul itu berkata TPP bukan perjanjian perdagangan yang dirangka oleh Amerika Syarikat semata-mata, sebaliknya Malaysia turut mengambil bahagian dalam merangka draf perjanjian antarabangsa itu di samping 11 negara lain.

Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) - Apa Yang Malaysia Perlu Korbankan?


Mustapa turut menegaskan Malaysia tidak akan dipengaruhi oleh sistem kapitalis sekiranya menandatangani TPP dan ia juga tidak akan mengubah sistem ekonomi negara yang mengamalkan ekonomi campuran.

Perjanjian TPPA akan ditandatangani di Auckland, New Zealand pada 4 Februari depan. Sumber: Sinar Harian



No comments