Terkini

Video Amy search jatuh pentas ketika konsert, bahu terseliuh sikit

Sebuah rakaman video berdurasi beberapa saat yang memaparkan penyanyi rock terkemuka tanah air, Amy Search terjatuh dari atas pentas konsert ketika membuat persembahan menjadi viral di rangkaian laman sosial sejak petang Sabtu, 16 Januari 2016.


Video Amy search jatuh pentas ketika konsert, bahu terseliuh sikit
Video Amy search jatuh pentas ketika konsert, bahu terseliuh sikit
Berikutan daripada kejadian itu, peminat rata-ratanya risau dan khuatir dengan keadaan Amy Search sambil membayangkan tahap kecederaan beliau sama ada serius ataupun tidak


Difahamkan ketika kejadian itu, Amy Search sedang asyik mempersembahkan sebuah lagu popularnya berjudul “Aku Dah Bosan” dan mengulas ringkas tentang kejadian tersebut, beliau tidak menyedari sudah berada di hujung pentas, tiba-tiba terjatuh

Kejadian yang menimpa Amy Search itu mengejutkan semua yang berada di konsert berkenaan. Beliau yang berusia 56 tahun itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan yang serius

Menerusi tinjauan di akaun laman sosial Instagram miliknya, Amy Search memaklumkan bahunya terseliuh dan kecederaan kecil itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kembali persembahan bagi menghiburkan peminat yang hadir di konsert tersebut

VIDEO AMY SEARCH JATUH PENTAS KETIKA BUAT PERSEMBAHAN KONSERT




No comments