Terkini


Video: Harimau Seberat 171 Kg Menjadi Sahabat Karib

Persahabatan dijalin sejak kira-kira empat tahun lalu membolehkan seekor harimau Benggal menjadi sahabat kepada manusia. Haiwan liar yang dinamakan sebagai Mulan itu kini menjadi kawan akrab kepada Abdullah Sholeh.


Harimau Seberat 171 Kg Menjadi Sahabat Karib
Harimau Seberat 171 Kg Menjadi Sahabat Karib
Mulan, kini berusia empat tahun dan seberat lebih 171 kilogram , mula dijaga Abdullah sejak haiwan berkenaan berusia tiga bulan. Sejak dipelihara, hubungan Mulan dengan Abdullah semakin rapat dan kini haiwan yang lazimnya ganas dan berbahaya kepada manusia itu boleh bergurau dengan penjaganya.


Bagaimanapun, Abdullah bukanlah pemilik Mulan, sebaliknya dia cuma dibayar sebagai penjaga oleh majikannya, Noer Mohammaed Sholeh.

Mereka kini tinggal di sebuah kawasan di Malang, Indonesia.

Harimau Seberat 171 Kg Menjadi Sahabat Karib
Abdullah memberi minuman kepada Mulan

Dikenali sebagai “pengasuh harimau” Abdullah dilaporkan sering menolak untuk tidur di katil sendiri, sebaliknya dia lebih selesa tidur bersama Mulan di kandang haiwan berkenaan.

Apabila ditanya perasaannya terhadap Mulan, Abdullah, 31, berkata dia tidak pernah takut atau bimbang terhadap harimau betina berkenaan.


“Saya menganggap Mulan sama seperti rakan lain.

“Apabila dia menggigit atau mencakar, itu petanda Mulan seekor harimau yang normal,” katanya.



No comments