Terkini

Video - Ibu Amirah : “Saya Minta Maaf Banyak-Banyak!!...”

Pelabuhan Klang: “Apa yang sudah terjadi, saya sebagai ibu terima walaupun perit untuk menanggungnya,” kata Asmah Mamai, 33, ibu kepada Nur Amirah Athirah Abdul Majid,14, yang dilaporkan hilang di kawasan kediamannya di Bandar Sultan Suleiman, di sini, Ahad lalu.


Video -  Ibu Amirah : “Saya Minta Maaf Banyak-Banyak!!...”
Video -  Ibu Amirah : “Saya Minta Maaf Banyak-Banyak!!...”
Remaja itu menjadi perhatian di seluruh negara selepas kehilangannya menjadi viral apabila dikatakan diculik dan rakaman panggilan telefon kepada ibunya memberitahu dia diculik tersebar.

Bagaimanapun, dia ditemui selamat bersama lelaki dipercayai teman lelakinya di depan stesen minyak di Banting, 8 malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat dipetik berkata, remaja itu dan lelaki terbabit yang berusia 19 tahun ditemui sepasukan anggota polis yang menjalankan operasi menjejakinya di dalam kereta.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa sengaja mengadakan cerita dirinya diculik.

Menurut Asmah, apapun yang berlaku, dia reda dan bersyukur kerana anaknya ditemui oleh anggota polis dalam keadaan selamat.

Asmah yang ditemui di rumahnya di Bandar Sultan Suleiman petang tadi berkata, dia dan suami dihubungi anggota polis pada 10 pagi tadi memaklumkan anak mereka sudah ditemui.

BACA: Identiti Teman Lelaki Nur Amirah, dan Laporan Polis Kes Culik Palsu

“Suami segera ke balai polis untuk melihat keadaan anak sulung saya, dan dia masih dalam keadaan baik.

“Saya berterima kasih kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertungkus lumus menjejaki anak saya sehingga ditemui.

BACA: Nur Amirah ditemui selamat, Rupanya tidak diculik

“Saya akan mencari jalan penyelesaian supaya perkara ini tidak berulang lagi. Saya dan keluarga harus berbincang sama ada untuk menukarkan dia ke sekolah lain atau sebaliknya,” katanya yang sudah membuat persiapan persekolahan anaknya itu.


Asmah berkata, dia menyerahkan perkara berkenaan kepada polis untuk menyiasat dan mengambil tindakan selanjutnya.

Sementara itu, rakan Nur Amirah yang enggan dikenali ketika ditemui berkata, rakannya itu mengenali seorang lelaki yang didakwa teman lelakinya sejak seminggu lalu.

“Sebelum ini, Nur Amirah hanya berkelakuan seperti biasa dan tidak pernah mempunyai masalah dengan keluarga. Jika ada masalah dia ceritakan kepada saya.

“Saya terkejut apabila dia dikatakan dilarikan dan kemungkinan lelaki itu yang mempengaruhi Nur Amirah,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Samah berkata, remaja lelaki itu dan rakannya berusia 45 tahun direman bermula hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik atau melarikan remaja bawah umur 16 tahun tanpa keizinan penjaga yang sah.

“Hasil siasatan mendapati remaja perempuan itu menumpang di rumah rakan teman lelakinya yang berusia 45 tahun di Bandar Sungai Emas, Banting,” katanya.

Katanya, Nur Amirah turut disiasat kerana memalsukan maklumat dan akan dirujuk ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk tindakan lanjut.

Sumber : Metro



No comments